GST dalam property.
Merujuk sedikit bacaan dalam pelaksanaan GST, insyaAllah jangan risau akan beri kesan yang agak besar kepada pemilik hartanah baru khususnya.
Kalau diikutkan, dalam negara Asia, Malaysia merupakan negara setakat ni paling rendah GST iaitu 6% dibandingkan Singapura 7% dan Filipina 12%. Mengikut pemahaman saya, GST dikenakan pada end user which is the consumer. Setiap stage dari pembekal, pemborong, retailer akan dapat balik GST yang dibayar. Mana-mana syarikat berdaftar sahaja akan dapat balik GST tersebut.
Kerajaan buat keputusan untuk adakan pengecualian GST dalam penjualan balik, pembelian hartanah & penyewaan terhadap hartanah kediaman. Hartanah Kediaman termasuk dalam Exempt Rated. Pengecualian Barangan.
Kalau sesiapa yang memiliki kondominium atau hartanah strata, dah tentu ada property management (Pihak Pengurusan ) yang akan menguruskan 'common property' untuk hartanah anda. Property Management adalah dalam bentuk service, dan sudah tentu service dikenakan GST. Maka, seperti kebiasaaan pemilik rumah akan memindahkan peningkatan kos-kos tersebut kepada penyewa walhal 'maintenance cost' pemilik yang patut bayar. Maka lagi, naiklah sewa rumah.
Noted: Hartanah Komersil dan Perindustrian dikenakan GST. Sebab dalam kategori Standard Rated.
==========================
How to see GST effects on home prices?
Kita lihat dari segi rumah under construction. Dalam pelaksanaan GST yang baru ni, semua yang melibatkan building material dan service akan dikenakan GST 6%. Sebelum ni cuma Sales Tax 5%.Service? Contractor, Engineer, Quantity Surveyor, Architects, Valuers, Estate Agent dan semua pekerjaan dalam Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur adalah melibatkan service.
Ini secara tak langsung menaikkan kos pada developer/ pemaju.
Kalau kita lihat pada kes-kes lain, mereka masih ada pembekal, pemborong dan retailer. Tetapi untuk kes pembinaan, pemaju harus menanggung semua kos itu dan end consumer tidak bayar GST untuk pembinaan hartanah kediaman . Dalam supply chain, pemaju tiada 'next victim'.
Cara untuk pemaju menguruskan kos terlambung tinggi ini ialah dengan menaikkan sales price.
Kesimpulan, Tax burden kurang sikit terkena pada new residential properies, up sikit terkena pada new commercial properties.
Kes secondary residential juga jangan lupa akan kena GST pada service lawyer & Estate Agent.
Dalam jadual ni, sumber kata naik 3.41% katanya, eh bersamaan kurang RM20,000.
Bersiap sedia, beli rumah sebelum GST.
Sumber: Ali Majis, GST Gov, dan Loanstreet.

No comments:
Post a Comment