Monday, November 10, 2014

Nak cukupkan wang hantaran RM30K?

Teknik Flipping masih applicable mungkin?

Sesiapa yang projection nak kahwin lagi 2-3 tahun, rasanya boleh juga apply teknik ni.
Sesuai bagi bakal Mak mertua yang dah sound nak hantaran RM30k untuk anak dia.
Ini suggestion, untuk bakal-bakal suami yang sudah garu-garu kepala. Takpa, hold dulu pun boleh dengan bertunang.
Beli sebiji rumah dengan harga RM200k contohnya. Dalam 2-3 tahun dikawasan strategik kemungkinan boleh naik sehingga RM270k.
Senario 1: jual selepas dapat kunci. Kenaikan harga rumah adalah 35% dari harga beli
270K (harga jual) - 200K (harga beli) = untung 70K
bayar cukai RPGT 30% (kalau masih sama utk 2-3 tahun) x 70K = 21K
komisyen agen katakan maksima 3% x 270K = RM 8100
kos peguam, stamp duty dan lain-lain katalah RM 2,000
jumlah pinjaman lama 90% x RM 200,000 = RM 180K
Dengan menjual rumah ini, anda bakal peroleh tunai sebanyak RM 270K - RM 180K (tutup pinjaman bank)
= RM 90,000
Untung bersih pula adalah:
90K (tunai diperoleh) - (RM21k rpgt+ RM8100 komisen agen + RM2k caj peguam dan lain-lain)
= RM 58,900.
Eh, dah dapat buat hantaran RM 30k !
ada baki RM 28,900 lagi.
Next rumah dah boleh shopping dah!
Senario 2: Pembiayaan semula (refinance). Kenaikan harga rumah adalah 35% dari harga beli.
Kalau sayang rumah pertama tu, tak perlu jual. Tapi refinance sahaja.
Jumlah pinjaman baru (refinance) 90% x 270K = RM 243,000
Jumlajh pinjaman lama 90% x RM 200K = RM 180,000
caj peguam untuk refinance katalah dalam RM 4000
Wang tunai yang diperoleh selepas refinance adalah
= 243,000 - (180,000 + 4000)
= RM 59,000
Hah! Ada yang dah plan strategi ke?


Cabaran Blogging Hartanah untuk 40 Hari
Entri 5/ Hari 4/ 10.11.2014
=================================


No comments:

Post a Comment