Tuesday, December 30, 2014

Cara Kira Pinjaman Bank untuk Beli Rumah bagi Bekerja Sendiri


''Pening kepala, saya orang bisnes, tak tahu cara nak beli property gaya orang berniaga ni'' kata Encik S.

Ya, ramai orang pening tak tahu. Tak tahu sebab kurang ilmu dan info.

Saya mahu kongsi sikit cara beli property guna pinjaman. Nak tahu cara kira basic yang bank guna untuk kira pinjaman kita layak atau tak.

==============================

Pastikan kita sudah daftar perkara-perkara berikut sekurang-kurangnya:
1. Ssm Syarikat (Enterprise atau sdn bhd)
2. Ada Account Bank Syarikat (Current) dan adakan jugak personal Current Account (gaji kita)
3. Transaction 6 bulan bank statement.
4. Daftar dengan LHDN.
5. Check CCRIS

=============================

Cara kira: (abaikan baki semasa & wang keluar)

Contohnya (KREDIT) duit masuk,  masuk bulan 1, 2, 3,4, 5, 6

Bulan 1: RM25,000
Bulan 2 : RM 35,000
Bulan 3: RM40,000
Bulan 4: RM 37,000
Bulan 5: RM45,000
Bulan 6 : RM40,000

Campurkan semua dan cari average duit masuk. Contohnya 6 bulan duit masuk ni bahagi 6 = RM37, 000

Setelah dapat average, darab dengan 20% sahaja.

RM37,000 X 20%= RM7400.

==========================
Hanya 60% sahaja dibenarkan dari RM7400 ini dibenarkan untuk buat segala hutang. Maka, hanya RM4,440 sahaja dibenarkan. Kalau kita ada komitmen kereta, personal loan, kad kredit, boleh tolak siap-siap.

==========================

Contoh :
kad kredit+personal loan+kereta = RM2000
Baki kita boleh pinjam lagi untuk rumah yang monthlynya RM2,440.

Rumah yang boleh kita dapat 4 biji rumah RM100,000 mungkin. Atau sebiji rumah bawah RM500,000. Banyak listing-listing rumah murah boleh cari lagi under RM200,000 di kawasan Klang Vallery.

Percayalah. Tapi kalau ada update info boleh komen juga, mana tahu saya ada silap, harap boleh tegur. Mana lebih info, saya sampaikan. Boleh juga  contact saya di fb atau whatsapp +60107060811 kalau mahu beli rumah dibawah RM250,000.