Tuesday, October 14, 2014

Risiko Pelaburan Hartanah : No risk, High Return

Cabaran Blogging Hartanah untuk 40 Hari
Entri 3/ Hari 2/ 15.10.2014
=================================
High Risk, High Return. No Risk, High Return
Dalam property investment, kami dari zaman study dulu dah diterapkan dalam kepala ini bahawa invest dalam property adalah paling kurang risiko sebenarnya. Banyak sebab nak kata sebegini, sebab property investment adalah menguntungkan. Kita ada property, kita ada tanah, supply itu ada dan demand semakin meningkat.
Mana-mana tokoh bisnes didunia ini, aset pelaburan yang menunjukkan mereka ada berbilion-bilion ialah dari property investment.
Yang pasti, bila ada ILMU, makin tipis menipis risiko itu ada. Kalau anda tiada ILMU, tahu invest sahaja tanpa ambil tahu keadaan property yang patut anda invest, memang kelautlah jawabnya.
Risiko itu datang bila anda salah membeli property yang tak menjana keuntungan, tiada objektif pelaburan lokasi yang tak strategik, tiada ilmu juga risiko tinggi, risiko meminjam dengan bank dan beberapa lagi.
so, anda perlu belajar juga tentang Property Risk Management.


1 comment: